Inilah Misteri Disebalik Peringatan Umur 40 Tahun Keatas

Baca Dan Fahami : Inilah Misteri Disebalik Peringatan Umur 40 Tahun Keatas, Sampai Allah Mengisyaratkan Hambanya Ketika Berada Saat Umur Ini | Banyak orang yang tidak sedar bahawa Al-Qur’an membincangkan mengenai usia 40 tahun. Hal ini sebagai petanda bahawa ada hal yang perlu diperhatikan dengan serius pada pembahasan usia 40 tahun ini. Seperti apa? Silahkan simak ulasan berikut.

Anda pasti pernah mendengar kata pepatah terkenal yang berbunyi hidup baru bermula pada usia 40 tahun. Usia 40 tahun memang unik dan sering dimaknai berbeza dengan usia lain. Misteri tentang usia 40 tahun semakin menarik untuk disimak. Selain itu semakin canggihnya teknologi dan semakin majunya kajian mengenai otak manusia, para ahli mencari perkara yang unik yang berkaitan.

Allah SWT secara khusus dalam firmannya dalam surah Al-Ahqaaf: 15 menyebutkan tentang usia 40 tahun dan mengajarkan sebuah doa bagi siapa yang memasuki usia separuh baya itu. Soalan pun muncul kenapa harus usia 40 tahun, kenapa bukan 30 tahun atau bukan 50 tahun atau kenapa bukan usia lain.

Dan apa yang Allah sebut dalam kitabnya tidak ada yang sia-sia. Apalagi jika disebut secara khusus, maka pasti ada hikmah dan pelajaran yang mendalam di sebalik itu semua.

Soalan ini semakin mengemuka ketika dapatkan fakta bahawa usia Nabi Muhammad SAW ketika diutuskan adalah 40 tahun. Tentu ini bukanlah sebuah kebetulan yang tanpa makna. 40 tahun merupakan suatu fasa usia yang disebut secara khusus dalam Al-Qur’an di Al-Ahqaaf: 15 yang artinya

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya yang telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula.

Mengndungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan. Sehingga apabila Ia dewasa dan umurnya sampai 40 tahun Ia berdoa “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah engkau berikan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai:

Berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan ) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang orang yang berserah diri. “(QS. Al-Ahqaaf: 15)

Jika perhatikan surat diatas makan Allah secara jelas menyebut 40 tahun dan ada sebuah doa yang Allah ajarkan diusia tersebut. Dan dalam kajian psikologi dan kajian mengenai otak dijumpai hal istimewa berkaitan usia 40 tahun ini.

Istimewanya usia 40 tahun juga diperkuatkan dengan penemuan saintifik baru yang menegaskan bahawa otak manusia mencapai kematangannya pada usia 40 tahun. Kajian ini mengesahkan kebenaran yang disampaikan dalam Al-Qur’an 14 abad yang lalu.

Hasil kajian ini adalah hal yang baru bagi dunia sains, kerana sebelum ini banyak ilmuan meyakini bahawa kesempurnaan perkembangan otak terjadi pada usia 20 tahunan. Keyakinan mereka ini juga diperkuatkan dengan berbagai percubaan yang mereka lakukan. Apa yang mereka yakini dapat dinafikan dengan kajian baru yang tentu saja hasilnya lebih tepat kerana menggunakan peralatan dan kaedah yang lebih canggih.

Kajian ini menegaskan bahawa perkembangan otak terus berlangsung hingga penghujung usia 40 tahunan dari umur manusia. Surat khabar Telegraf menerbitkan artikel berkaitan kajian yang bertajuk “Sebenarnya perkembangan otak tetap berlangsung sampai dipertengahan umur seseorang”.

Artikel tersebut menyebutkan bahawa anda mungkin mengira bahawa anda akan menjadi sepenuhnya matang dalam berfikir ketika anda berada di usia 21 tahun. Tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa otak anda tidak berhenti perkembangannya hingga akhir usia 40 tahun.

Usia 40 tahun memang kerap dikaitkan dengan kematangan sesorang dan kemantapan konsep dirinya. Sehingga orang akan cenderung sukar berubah baik pemikiran maupun perilakunya diatas usia ini. Usia 40 tahun menurut pakar psikologi adalah usia di mana manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih menapaki masa dewasa penuh atau usia pertengahan umur.

Biasanya ada reaksi psikologi yang akan mengiringi usia ini. Dan reaksi yang diambill bergantung pada pemaknaan seseorang terhadap kehidupannya. Pertama sikap tidak berdaya, putus asa, kecewa pada diri sendiri dan memandang kehidupan sebagai suatu proses yang sukar difahami dan dilakukan.

Kedua merasa terjebak dalam rutin hidup dan tenggelam kepada keadaan terdesak akan tetapi tidak mampu menghadapi rutin itu. Cirinya antara lain, tidak boleh menerima terhadap proses menua. Misalnya berdandan berlebihan untuk menutupi ketuannya.

Ketiga adalah memilih berkembang dan memandang bahawa setiap bahagian kehidupan ini adalah suatu masa yang kritikal untuk membesar dan menjadi dewasa. Maka Ia selalu optimis dan memanfaatkan apa yang dimiliki, merasa bahawa hidup baru bermula pada usia 40 tahun.

Di banyak negara dan isntansi usia 40 tahun menjadi keperluan untuk menduduki jabatan tertentu yang strategik. Seperti kepala negara, pengarah dan sebagainya. Masyarakat sendiri baru cenderung untuk mengakui pencapaian seseorang secara mantap tatkala orang itu berusia 40 tahun.

Presiden Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun, Suharto menjadi presiden pada masa 46 tahun, Jhon F kennedi 44 tahun, Bill Clinten 46 tahun, Toni Bler menjadi perdana menteri Inggeris juga pada usia 44 tahun.

Sementara itu dalam pandangan psikologi barat usia 40 tahun kerap dikaitkan dengan muda-mudi kedua. Iaitu timbulnya sebuah gejolak baru dan pencarian jati diri. Hal yang ketara pada muda-mudi kedua ini adalah penampilan yang berbeza dari sebelumnya.

Bagi para lelaki menjadi sangat memperhatikan penampilan, menjadi lebih rapi dan nechis.Tingkah laku pun mengalami perubahan, menjadi orang yang cari perhatian dan tebar pesona terhadap lawan jenis. Dan malangnya, pandangan ini seolah-olah menjadi justifikasi untuk berkelakuan nakal.

Islam mendang usia 40 tahun sebagai usia yang sangat cukup untuk mencapai kecerdasan eksistensial. Di mana seseorang sudah sangat memahami kewujudannya sebagai makhluk Allah di muka bumi. Di usia ini seseorang seharusnya tidak lagi berfikir tentang dunia,

Tetapi jauh berfikir tentang nasibnya kelak di akhirat. tentu tidak saja tentang dirinya sendiri, tetapi juga mengenai anak isterinya. Ibarat waktu, orang yang memasuki umur 40 tahun seperti memasuki waktu Asar atau senja. tak lama lagi maghrib menjelang.

Pada usia tersebut manusia sudah harus waspada, mawas diri terhadap aktiviti beribadahnya kepada Allah. Ia ditekankan untuk meingkatkan atau setidak-tidaknya mempertahankan amal kebajikan yang telah dibiasankannya pada usia sebelumnya. Tidak justru tua-tua keladi, makin tua dosanya makin menjadi. Sungguh surah Al-Ahqaaf tersebut adalah petunjuk paling benar dan patut diikuti pada usia 40 tahun.

Usia yang disebut sebagai umur kematangan manusia dalam pelbagai aspek, matang spiritual, matang intelektual, matang emosi, dan matang sosial. Kematangan peribadi manusia itulah yang kemudia melahirkan kesedaran dan kecenderungan yang benar sebagaimana yang diisyaratkan di dalam ayat Al-Ahqaaf tersebut.

Pertama adalah kesedaran untuk selalu bersyukur. 40 tahun sudah Allah sudah memberikan kehidupan, suka cita telah banyak Ia rasakan pahit dan getir kehidupan juga sudah cukup dirasa, untuk menjadi pelajaran.

Pada saat itulah manusia seharusnya mula sedar betapa besar kurnia Allah yang dianugerahkan kepadanya baik secara langsung kepada dirinya, maupun kepada orang tuanya. Sedar betapa masa satu pertiga hayat yang tinggal tidak cukup untuk menebus dosa-dosanya. Bersukur kepada Allah utamanya adalah menunaikan ibadah solat lima waktu sehari semalan.

Usia 40 tahun sudah seharusnya menata ulang perjalan hidup ini. Menyadakan kembali kewujudan kita sebagai hamba Allah yang mengabdi kepadanya. Kembali menatap jalan yang membimbing kita menatap jalan dan redha-Nya. Bagi yang mencari nafkah dengan cara batil, pilihlah yang baik,

Menikahlah dengan cara halal mengikut peraturan, dekatkan diri dankeluarga kepada Allah, jauhi perbuatan haram dan sesat yang difatwakan oleh kerajaan. Sudah 40 tahun, apakah belum tiba juga masanya, Perjalanan yang sedikit tersisa ini perlu dijalankan pada arah dan alurnya yang benar.